Assalamulaikum..
Semoga adik sentiasa dikurniakan kesihatan dan kelapangan selalu serta dillindungi oleh yang ESA
Adik..
Terima kasih kerana sudi meluahkan apa yang tersembunyi dan terpendam selama ini...
Kini abang tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada adik dan tak salah rasanya meluahkan apa yang tersimpan di lubuk hati seandainya itu yang dapat melepaskan semua penderitaanmu.
Ini adalah sebahagian dari kisah kehidupan yang semua orang akan,sedang atau mungkin sedang mengalaminya..
Percayalah semua perasaan dan pengalaman ini suatu hari nanti pasti akan menjadi satu sejarah yang akan kita simpan dilembaran kenangan kisah hidup kita
Itulah hakikat sebuah kehidupan di dunia yang fana ini...
Pahit...manis...adalah asam dan garam yang menjadi perencah kepada masakan kehidupan kita
Adik...
abang sangat bersimpati dan tak pernah menduga ini semua terjadi kapada diri adik
dan abang masih tak percaya bahawa ada juga golongan adam yang sanggup memperlalakukan sebegitu kejam dan dayus kepada adik...
kalau diikutkan hati abang...mahu saja abang campakkan dia kelautan api yang membara
ataupun sepak dan terajang mungkin adalah jawapannya...
supaya dapat dia merasa apa makna kesakitan dan keperitan itu.
Abang malu...malu dengan kaum seperti abang ini..
adam yang seharusnya menjaga,memimpin dan menyangi diri adik bukan menjadi mahluk perosak yang hanya tahu meminta bila mahu dan menghemburkan kata-kata kesat dan hina
bila tak dapat apa yang diminta..
Namun apa yang harus abang lakukan sebab semua itu tak terlaksana walaupun sesungguhnya gelora jiwa ini makin membara...
Ini kerana sifat kelembutan,kesabaran dan kemaafanmu itu yang amat abang sanjungi....
Adik..
Percayalah...setiap manusia didunia ini akan diuji oleh yang ESA...sebagai tanda yang kita masih disayangiNYA.
Dan setiap ujian dan dugaan itulah yang akan manjadi kayu pengukur dimana letaknya ketebalan IMAN kita..
dan setiap kali kita sabar dan redha dengan dugaan ini.. insyaallah darjat kita sebagai hambaNYA pasti lebih tinggi
Setiap musibah itu juga pastinya akan ada hikmah dan nikmat yang tersembunyi yang satu hari nanti akan tersingkap jua
Ingatlah bahawa : "Lelaki yang baik itu hanyalah untuk Wanita yang baik
dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.."
Adik..
Kita tidak dapat membohongi hati dan perasaan kita..walaupun bibir kata tidak namun hati berkata ya..
Sifatmu itu yang membuatkan simpati hati ini telah
tbc
No comments:
Post a Comment