DARI ADAM UNTUK HAWA..
Assalamualaikum Hawa,
Begini, biar aku terangkan padamu bahawa aku bukan berada di posisi seperti seperti dahulu. Aku tidak boleh menadah cintamu dalam bekas hatiku lagi. Aku hanya mampu berpesan padamu. Jika benar antara kita masih ada harapan, aku berharap Tuhan sahajalah yang akan membuka jalannya. Namun, untuk saat ini, aku tidak akan ke sisimu lagi.
Hawa,
Aku berpesan, jangan engkau sesekali memetik bintang cinta dari langit kegelapan, lalu engaku sematkan ia di dalam hatimu yang majhul hakikat. Kerana ia akan membawamu ke lubang zulmat. Jangan sesekali engkau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia akan menjadi taufan yang meruntukan tugu keperibadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu.
Cinta itu seperti titisan air hujan yang perlu ditadah di dalam bekas suci, ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat Tuhan. Di perlu diselami dan difahami dengan satu erti seertinya.
Hawa,
Cinta itu satu misteri yang mampu dibiaskan oleh nur Ilahi. Hanya yang mengerti amanah khalifatullah akan mampu mengutip nur itu dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu. Dan seharunya setiap lelaki, menanai pekerti al-Khalifah dan menatang cinta yang kelarai dalam wadah kebenaran. Baharulah nu Ilahi akan menerangi setiap cebisan rindu, setiap keluhan resah, setiap kelumit kasih yang menggugur dalam jiwa manusia. Mudah-mudahan segala sengsara duniawi yang terhasil dari mimpi-mimpi manusiawi akan mampu diusir jauh dari reality.
Hawa,
Jika engkau mahu-mahu bahagia, intailah cinta yang tersembunyi di dalam al-Khalifah. Jika bisa engkau rebut ia dengan kekuatanmu, capailah semahu-mahunya. Mudah –mudahan resah yang engkau tanggung, pilu yang engkau usung, pedih yang menghurung, akan sirna dari lubuk kalbumu. Lalu engkau peroleh damai abadi.
Hawa,
Mungkin aku bukan lelaki itu. Dan buat ketika ini, aku tidak akan kesisimu. Kecuali azam dan doamu mampu mengubah takdir Tuhan. Segalanya mungkin, tetapi buat masa ini, segalanya adalah mustahil. Maafkan aku.
Yang benar,
Adam.
No comments:
Post a Comment