Saat yang paling baik pada Hari Arafah itu ialah ketika matahari tegak di atas kepala sebelium menjelang Zohor. Seolah olah kepala kita setentang dengan pintu langit, mengharapkan rahmat Allah SWT.
Untuk bulanan pula ialah sepanjang bulan Ramadhan bulan diwajibkan ibadat puasa,
Doa seorang yang sedang berpuasa terutamanya di bulan ramadan maka doanya tidak akan ditolak dan fadhilatnya berlipat ganda.
bagi mingguan pula ialah pada hari Jumat.
Jumaat adalah penghulu segala hari
Bagi harian pula ialah di hujung malam ketika waktu sahur
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di akhir akhir malam mereka mohon ampun (kepada Allah).” (surah Az-Zariat ayat 18).
Doa seorang yang sedang berpuasa terutamanya di bulan ramadan maka doanya tidak akan ditolak dan fadhilatnya berlipat ganda.
bagi mingguan pula ialah pada hari Jumat.
Jumaat adalah penghulu segala hari
Bagi harian pula ialah di hujung malam ketika waktu sahur
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di akhir akhir malam mereka mohon ampun (kepada Allah).” (surah Az-Zariat ayat 18).
Seterusnya dikira saat yang baik juga iaitu ketika hujan turun.
menurut Islam ketika itu rahmat Allah SWT turun bersama turunnya hujan dari langit.
menurut Islam ketika itu rahmat Allah SWT turun bersama turunnya hujan dari langit.
Termasuk juga waktu yang baik untuk sesaorang berdoa ialah ketika muazzin melaungkan iqamah, ia boleh menambahkan khusyuk dalam solat.
Ketika pasukkan tentera Islam bergerak menuju medan perang menentang musuh.
Sebelum berlaku peperangan mereka telah berusaha sedaya upaya agar peperangan dapat dielakkan.
Sebelum berlaku peperangan mereka telah berusaha sedaya upaya agar peperangan dapat dielakkan.
Doa Orang Teraniaya Dan Dizalimi,
Doa Seorang Musafir
Doa Ibubapa Kepada Anaknya.
Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”(Hadis Riwayat Muslim).
Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.
Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.
Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari) Sahabat yang dimuliakan,
Antara Tempat-Tempat Afdhal Berdoa Adalah:
- Dalam Masjid Al-Haram, terutama di hadapan Kaabah.
- Multazam, diantara Hajar Aswad dan pintu Kaabah.
- Ketika melihat Kaabah.
- Ditempat Melakukan Tawaf.
- Di sisi Telaga Zam-zam ketika tenggelam matahari.
- Di belakang Maqam Ibrahim di Masjidil Haram.
- Di Hijir Ismail.
- Di sisi Multazam.
- Di bawah Pancuran Emas.
- Di tempat Sa’i.
- Di atas Bukit Sofah.
- Di atas Bukit Marwah.
- Di Padang Arafah.
- Di Arafah terutama selepas Asar menjelang tenggelam matahari.
- Di Muzdalifah.
- Di Mina.
- Di sisi Jamrah Al-Ula.
- Di sisi Jamrah Al-Wusto.
- Di sisi Jamrah Al-’Aqabah.
- Dalam Masjid Nabawi (di Madinah), terutama di Raudhah.
- Di Masjid Al-Aqsa, Baitul Muqqadis.
- Di makam para Nabi dan Rasul.
- Di dalam semua masjid.
- Di tempat yang sunyi.
- Hajar Aswad (batu dari syurga).
- Multazam / Hateem
- Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
- Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
- Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
- Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
- Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
- Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).
- Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
- Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
- Rukun Yamani
- Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
- Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).
subbahanallah..semoga pembaca mengamalkannya dan semoga si blogger mendapat pahala..=)
ReplyDelete