Assalamualaikum..
Abang...
terima kasih kerana masih sabar dan setia menjadi...
teman...
sahabat...
tempat meluahkan isi hati dan geram adik selama ini.
Abang...
Kesabaran dan ketenanganmu membuatkan hati ini amat mengagumi keperibadianmu
Disebalik keperitan dan kesengsaraan yang telah engkau lalui
Walaupun sesungguhnya....
hanya engkau sendiri yg tahu apa sebenarnya yang tersimpan dilubuk hatimu.
Abang...
Ketahuilah bahawa selama ini, simpati dan kata-kata semangatmu sahajalah yang menjadi kekuatan dan kersani yang mengalir diseluruh tubuhku agar dapat aku berdiri dan berdepan dengan segala rintangan yang tiba.
Katamu... "Segala ujian dan musibah yang ALLAH kurniakan itu merupakan satu rahmat dan
suatu hari nanti akan tersingkaplah satu hikmah buatmu...percayalah!"
Katamu lagi....
"Hanya ujian dan dugaanNYA yang dapat mengangkat darjat kita sebagai khalifah dibumiNYA ini dan
keredhaan adalah yang terbaik walaupun ia sukar untuk dilalukan..."
Abang...
Terima kasih kerana sudi menjadi tempat untukku meluahkan apa yang tersimpan dan terbuku dihati selama ini..
Ketahuilah bahawa..semua yang berlaku itu adalah bukan kehendak adik,malah apa yang adik mimpikan dan impikan selama ini telah hancur berderai dan tak mungkin dapat di cantum semula.
Hancur dan luluh hati ini bila harapan, cita-cita dan pengorbanan adik sekian lama telah di balas dengan kata-kata nista dan dusta dan kemarahan yang menggila
Abang... apakah salah untuk adik memberi kasih dan sayang kepada orang yang adik sayang?????
Atau mungkin adik tersilap...mungkin adik masih mentah...masih terlalu mengikut hati dan perasaan..
Ya Allah... maafkan hambaMu yang lemah ini.
Kata-kata: 'ikut rasa binasa , ikut hati mati'....mungkin ada kebenarannya
Atau mungkin benar katamu ...."sayangilah orang menyayangi kita dan jangan terlalu sayang kepada orang yang kita sayangi'..
Abang...
Adik sedar
Mahligai indah itu hanya tinggal kenangan dan masih tersimpan dilubuk hati adik yang paling dalam dan telah terkunci rapat yang adik sendiri pun tak pasti bilakah ia dapat dibuka kembali...
Biar masa yang menentukan dan adik pasrah dengan ketentuanNYA.
Semakin lama adik memendam rasa hati dan perasaan ini, semakin sakit,benci,dendam,remuk,hancur dan punah yang dapat adik rasakan.....
"Ya Robbi tuhan yang maha pengasih dan penyayang hanya kepadamu ku serahkan semua kesedihan dan kesakitan ini...anpunkanlah segala dosa dan kelemahan hambamu yang lemah ini...."
Abang....
Maafkan adik seandainya apa yang telah adik luahkan itu tidak abang senangi tapi percayalah semuanya hanyalah sebagai melepaskan apa yang tersimpan dibenakku dan perlu adik luahkan agar lepaslah segala derita ini.
Terima kasih....Abang
Salam Sayang,
Adik.
No comments:
Post a Comment