DOA HAWA…
Tuhanku,
Aku pernah berteleku di satu sudut gelap dan membiarkan kedinginan melitupi segala kisi-kisi jirim sanubari. Dingin kedukaan merangkapku dan membekukan gapura cintaku. Beku, dan aku kaku. Tiada barang- barang cahaya yang bisa meleburkan bongkah-bongkah arca itu kerana sinar di ufuk jiwaku telah lama terpendam.
Tuhanku,
Kini aku mula berasa kehangatan yang terbit dari penjuru vakum, kehangatan itu disebabkan suatu sinar yang memancar dari seungkap nama. Jiwaku kian hangat dibakar satu perasaan. Kedinginan dan kebekuan akibat kekecewaan mula mencair. Aku mula kedengaran runtuhan bongkah arca duka silam.
Tuhanku,
Andai benar dia untukku, pahatkanlah kesetiaan di sanubariku. Kuatkanlah diriku untuk menyambut huluran cintanya. Andainya benar dia pelindungku, kukuhkan pendirianku di atas telapak al-Khalifah. Pastikan aku bisa dipeluknya dengan genggaman yang ikhlas demi keredhaan-Mu. Dan janganlah sekali-kali Engaku leraikan genggaman itu sehinggalah dia bisa memimpinku masuk ke gerbang jannatul firdaus.
Ya Allah,
Tuhan yang mendengar bisikan di balik gelintin malam. Ya Allah, Tuhan yang mendengar keluhan da n rintihan hambu-Mu yang terhimpit. Curahkanlah belas kasihan-Mu terhadapku. Ya Allah, cinta-Mu terlalu luas dan kasih sayang-Mu tidak pernah tandus. Aku mohon Ya Allah, agar Engkau mempertautkan cintaku dengan kekasihku yang dahulu.
Ya Allah,
Matahari sujud pada-Mu, bulan berputar di atas perintah-Mu, siang dan malam tidak pernah ingkar atas ketetapan-Mu, dan aku juga mahu termasuk dalam golongan makhluk yang sentiasa akur pada suruhan-Mu. Namun aku jahil Ya Allah, aku tidak tahu bagaimana caranya aku akan sampai kepada-Mu. Atas keinginan itu, aku mohon supaya Engkau kirimkan padaku seseorang yang akan mencintaiku dengan kesucian-Mu dan memimpinku ke syurga-Mu.
Dan aku amat pasti bahawa Engkau memahami rusuh batinku dan mengetahui jerit sanubariku bahawa aku mahukan dia sebagai pembimbingku. Ya Allah, aku mahu memetik cinta yang Engkau simpan di kamar Al-Khalifah. Agar bisa kusandar jasad dan rohku di pangkuannya hingga tiba jemputan azali.
Amin..
Nak tahu kisah si Adam?..nantikan esok..=p
aik....macam tau je copy dr entry sape?..hmmmm
ReplyDelete