Wednesday, February 1, 2012

Tips memilih pasangan

Pilih pasangan untuk kaum hawa




Memilih pasangan hidup yang baik adalah tuntutan agama. Secara dasarnya, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami,adalah  yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/personaliti yang disenangi oleh si wanita. 
Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.
Pilihlah yang baik agamanya sebagai priority…


“… jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)


Perkara ini adalah disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah dan remeh.
Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa
penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan,zuriat,hak,tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani dan tempuhi bersama dengan pasangan kita..
Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu
latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.
Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan
buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan
baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan
sebagainya.
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi
anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang
berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. 
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu
dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah
dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan
berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.


Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti
dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih
pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang
sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala
perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya,
sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya, hakikatnya ia adalah miskin.


Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta
kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat
maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya
hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab
terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh


Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan
yang besar”.


Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah
SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup
berumahtangga akan dapat dinikmati?


Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal
pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang
berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial”
yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih
sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak,
tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.


Oleh itu:
1.Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan   pemilihan pasangan
2. Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan
3. Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan


“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.


Benar sekali, pilihlah yang beragama



Dan...
Bila dah ada calon…pastikan dan perhatikan beberapa perkara ini :


1.Bila berdating... Tengok Si Dia Cari Surau ke Tak...atau sapa dulu yang ajak pergi kesana..!

2.Pabila makan.... Perhatikan adap dan cara dia makan

 3. Bila bersiar/jalan...Cenderung ke arah mana dia pergi,sama ada ketempat yang baik atau sebaliknya
 4. Ajak berbincang/berdiskusi...Terutama berkaitan   agama macamana reaksi dia
 5. Tahap IQ dan EQ...Perhatikan tingkah laku dan kecekapan dia berfikir dan menjawab pertanyaaan kita

 6. Biar boleh jadi Imam....Bukan susah nak try, ajak dia datang rumah untuk makan malam...biasanya sebelum Maghrib pas tu masuk waktu ajak dia berjemaah dengan family kita..
  7. Biar tahu Mengaji...masa jadi imam tadi kita dah tahu  kat mana tahap dia

  8. Masa memandu pula...Perhatikan tingkah laku dia kat jalan dan dengan pemandu lain...ni penting juga sebab nak tahu tahap kesabarannya....

 9. Jumpa mak ayah dia...kita perlu juga tahu latar belakang dan keturunannya..supaya dapat mengetahui dari mana asal usul,kaun kerabat,sejarah dan peribadi dia dari kecik
 10. Test cintanya untuk apa... Ketahui apa tujuan dia nak berpasangan dengan anda adakah untuk mendapatkan keredhaan Allah atau pun sebaliknya...

p/s: Pasangan hidup adalah perkongsian hidup kita dengan seseorang dengan ikatan yang SAH sebagai suami dan isteri dan juga ibu dan bapa kepada zuriat kita untuk seumur hidup. So, carilah yang paling BAIK..

No comments:

Post a Comment