Monday, February 27, 2012

Kisah Beruang dengan Ikan Salmon

Di ceritakan oleh seorang kawan biasa kepada seorang yang tak biasa dari seorang yang luar biasa...
Kisah bermula di sebuah negara yang mempunyai 4 musim dalam setahun. Tatkala berlalunya musim sejuk maka cairlah ketulan-ketulan ais yang sekian lama meliputi permukaan tanah,pokok dan sungai. Air sungai mula mengalir perlahan..lesu.. sedikit demi sedikit ketulan ais bergerak dan terapung dipermukaannya...dan akhirnya hilang ditelan oleh panahan terik sang mentari yang memancor...! de.

Di tepian bukit terletak sebuah gua yang juga letaknya hanya sepelaung jaraknya dari sungai itu..Dari runtuhan salji yang mencair di pintu gua itu terlihat bayangan lembaga hitam, besar dan bergerak perlahan untuk keluar dari situ...
" Aaarrrgghh...lapar rasanya..." dengusnya sambil menggeliat dan melepaskan hembusan nafas.
"Bear" itulah nama gelarannya...nama yang diberikan oleh mama kesayangan semasa kecil.  Spesis beruang berwarna perang pekat dan berbadan agak gempal dan tembam lagi.. Dah hampir enam bulan dia tidur atau berehat panjang masa musim sejuk.

Dengan berlari-lari anak sambil menggeleng-gelengkan kepala dia menuju ketepian sungai itu untuk mencari makan kegemarannya iaitu ikan salmon. Ikan yang mempunyai rasa yang sedap dengan warna daging yang menarik itu kalau di buat sushi ke, grill ke ataupun BBQ pun lazat gak..

Namun setelah lama jugalah menunggu ikan yang dinanti tak muncul-muncul juga..hanya kadang-kadang dia teruja dengan kehadiran daun-daun kering yang terapung-apung yang di sangkakan ikan itu. Setelah hampir berputus asa, tiba-tiba dia ternampak satu kocakan air yang memang dia pasti itulah bunyi kehadiran ikan salmon...
" Yesss...akhirnya.!" bentak hatinya.
Tanpa berfikir lagi dia mengeluarkan jari-jemarinya yang tajam itu dan dengan sepantas kilat dia menyambar ikan itu.
" Tolong...tolong..la lepaskan saya.." rayu ikan itu.
" Kenapa aku kena lepaskan kau..sedangkan aku tengah lapar sangat ni dah enam bulan tak makan...bukan enam hari tau" jawabnya dengan muka sposen.
" Tolong la encik beruang yang budiman...saya ni masih kecik lagi. Kalau kau makan pun selit kat celah gigi aje. Tak kenyang pun." rayunya lagi

Si beruang pun terfikir...
" Betul jugak apela sangat kat celah gigi je ...dah la gigi aku ni jarang-jarang " bisik hatinya tapi...
 otaknya masih berfikir...lagi .
Lalu si ikan salmon pun tersenyum sinis...
" Ada can aku nak lepas ni.." bisik hatinya.
Tapi si beruang masih tidak melepaskannya juga..
"Tolong la encik beruang...lepaskan lah saya...da la saya ni kecik tak berisi...tulang pun rasa sakit-sakit bila cuaca sejuk macam ni.. " si ikan merayu lagi
" lainlah encik beruang...dah badan besar, dada bidang, perut gendut dan  pipi pun 'cubby' sket..." sambungnya lagi

Hidung bear pun ternaik sikit sambil pipinya ter'blushing' sket mendengar kata-kata pujian dari ikan itu.
Namun untuk melepaskan ikan itu tidak juga...lalu dia berkata:
" Terima kasih sebab memuji aku walaupun aku tahu ianya tak lah ikhlas pun kan..kan."
" Kau tahu tak macamana aku boleh jadi sebegini gagah,segak hatta kacak juga...? soal si beruang.
Ikan salmon hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Lalu Bear pun duduk diatas seketul batu yang sederhana besar sambil memegang erat ikan salmon itu dan mula berbicara...
"Begini... sepanjang hidup aku ni..aku tak pernah melepaskan ape juga makanan yang aku dapat. Tak kira lah kecil ke besar ke aku akan makan..makan..dan makan..maka jadilah aku seperti ini. Sebab walaupun kecik macam kau pun kalau goreng tepung bole jadi besar dan sedap juge rasenye..idak gitu. Tu le yang emak teman pesan dari kecik.." cerita si beruang.
 
Disebab cerita tu agak panjang si ikan salmon pun hampir terlelap gitu...dan di kesempatan ini lah si beruang pun terus menelan ikan itu dengan gembiranya.

Habisss cerita..!

Moral of the cerita: Kita hendaklah jangan terlalu memilih apa juga peluang yang datang. Tak kira ianya kecil atau besar apa yang ada didepan kita tulah  kita punya. Jangan sia-siakan peluang yang ade...ok. Good Luck to all.



p/s: I like when U blushing!..

4 comments:

  1. bersambung ke hape?xkan cenggitu je ending?

    ReplyDelete
  2. ish..ish..ish..abg aqasha nih..suke cite xabes...huhuhu

    ReplyDelete
  3. sbab sedih sangat la ni crite ni x sempat abis....tp xpe dah abiskan pong! anyway yg penting moralnye kay...tc

    ReplyDelete
  4. saya rindu kat abang aqasha la...

    ReplyDelete