Ingin mencari kerja kosong..atau kerja dah penuh...
Mana satu yang korang pilih atau dapat?? walau apapun kita mesti cari kerja lepas sekolah, lepas grad U atau lepas habis kolej. Tapi apa sebenarnya peluang yang kita ada,yang menunggu kita,yg mempelawa kita, yg mempersilakan kita untuk masuk dan berkerja di sesebuah syarikat itu.
Jawpannya ialah ...mungkin tidak!!! .Tak semudah petik jari atau kenyit mata je..kita boleh dapat kerja. Banyak sangat halangan,cabaran,dugaan,keperitan dan lain-lainnya yg terpaksa kita lalui..
Kemana perginya peluang pekerjaan itu...???
Kadang kita terfikir kenapa terlalu banyak manusia-manusia pendatang (tak kira halal ke haram ke) yg senang-senang je dapat kerja kat kilang,petrol pam,ladang,pasaraya,pasar tani,pasar borong,jalan raya even puduraya pun dia orang dah conquer. Macam la Malaysia ni jadi negara mak bapak diorang yg punya . Ramai..sangat ramai...Kalau tak caya pi tengok kat K.L tu time public holiday...entah dari ceruk,rantau,celah mane pun tak tau mane datangnye..
Bukan setakat duduk,berdiri,jalan-jalan, hatta yg terbaring pun ada. ..dan yg paling mendidihkan kepala otak ade pulak yg jadi 'taiko' ...tunjuk perangai tak senonoh, tunjuk samseng diorg ...kacau anak dara orang malah kekadang mak dara orang pun kena.. Dah macam negara ni dia yang punya...haram jadah!!
Tapi kita harus(wajib) fikir kenapa sume ini boleh terjadi kat mana silapnya ...kat hujungnya kah atau kat pangkalnya...kat atasnya kah atau kat bawahnya...??
Jawapannya ada pada kita sendiri.......kita sendiri yg mencorakkan apakah warna yg akan kita lukis pada helaian putih sebuah tanah yg kita pijak sejak kecil hingga kehari ini. Relakah kita sekiranya tangan-tangan jahat itu menoreh-noreh dan merobek-robek apa yg telah kita kecapi selama ini,hasil dari jerih,perih dan tumpahnya darah para pejuang kita untuk mempertahankan kedaulatan bumi Malaysia ini?
Kita mengharapkan yg terbaik buat kita..anak-anak..cucu-cucu..cicit-cicit dan seterusnya hidup kat negara yang kita cintai ini..Dan jangan sampai kita jadi hamba dinegara kita sendiri!!
p/s: usaha dan tawakkal
No comments:
Post a Comment