Thursday, February 2, 2012

Kemalangan akibat Jalan licin

Apa yang boleh terjadi jika jalan licin?



Kemalangan boleh terjadi akibat jalan yang licin dan penyebab utamanya adalah kelajuan kenderaan tersebut.
Jalan yang licin menyebabkan geseran diantara permukaan jalan dengan tayar semakin berkurangan dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk kita mengagak keadaan jalan semasa memandu. Biasanya, kita akan sukar mengawal steering kereta dan ini akan memberi kesan kepada jarak yang selamat untuk kita memberek.



Keadaan ini menyebabkan berlakunya 'hydroplaning'. Hydroplane ini terjadi bila jalan basah dan kelajuan kenderaan melebihi tahap tertentu, yang mana terbentuknya lapisan air di antara permukaan tayar dan jalan.
Akibatnya  kenderaan akan tergolongsor yang menyebabkan kita hilang kawalan. Keadaan ini boleh berlaku walaupun hanya pada kelajuan 30km/jam, yang mana ia bergantung kepada :

1. Ketebalan lapisan air
2. Keadaan permukaan jalan
3. Keadaan kenderaan itu sendiri

Dimana keadaan bunga tayar yang berkurangan ataupun tekanan tayar kurang antara faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini terjadi.



Cara untuk mengelakkan dan apa yang perlu dilakukan jika terjadinya hydroplaning adalah:

Memandu mengikut had laju yang ditetapkan atau kurang dan perhatikan keadaan sekeliling. Jika berlaku keadaan bergini, jangan tekan brek mengejut tapi sebaliknya  lepaskan pedal minyak dan kawal steering anda. Membrek akan menyebabkan keadaan bertambah buruk.
Jika tayar pemacu mula menggelongsor, masukkan gear rendah dan matikan enjin, lepas tu kawal steering kenderaan anda..

Beberapa tips pemanduan di jalan yang licin :



1.Perlahankan kenderaan semasa hujan atau jalan basah



2.Gantikan pengelap cermin yang telah lama,keras dan tak berfunsi dengan baik untuk mendapatkan pandangan hadapan yang jelas



3.Kurangkan kelajuan dan sekirnya boleh elakkan dari melalui lopak air sebab kita tidak tahu sama ada ia dalam atau tidak



4.Gantikan tayar yang telah haus. Kita boleh tahu keadaan tayar dengan melihat penunjuk ketebalan bunga tayar.

5.Pastikan tekanan udara tayar sentiasa didalam keadaan yang sesuai.



6.Pastikan jarak kereta anda dalam jarak yang selamat dengan kenderaan di hadapan untuk mengelakkan perlanggaran semasa berlakunya brek mengejut.


Pastikan kita ikuti beberapa tips diatas untuk keselamatan kita semua, banyak faktor lagi yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan tetapi apa yang penting kita harus selalu beringat dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku.

Dan ingat......


                    Kelajuan Boleh Membunuh  !!



P/s: Sikap dan kesabaran kita juga penting semasa memandu...Biar lambat dan selamat dan ingatlah...orang tersayang.

No comments:

Post a Comment